Victoria Cross

Victoria Cross (VC) ialah pingat ketenteraan tertinggi yang dikurniakan untuk keberanian "dalam menghadapi musuh" kepada anggota-anggota angkatan tentera beberapa negara Komanwel, dan wilayah-wilayah Empayar British sebelumnya.[1] Ia berada di tempat pertama dalam susunan sistem kehormatan United Kingdom, dan mengatasi semua darjah, pingat dan bintang lain, termasuk Order of the Garter. Ia boleh dikurniakan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan perkhidmatan serta kepada orang awam dibawah arahan tentera. VC biasanya disampaikan kepada penerima atau warisnya oleh Raja British dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Buckingham.VC telah diperkenalkan pada 29 Januari 1856 oleh Ratu Victoria bagi menghormati tindakan gagah perkasa ketika Perang Crimea. Sejak itu, pingat tersebut telahpun dikurniakan sebanyak 1,358 kali kepada 1,355 individu. Hanya 15 pingat, 11 kepada anggota Tentera Darat British, dan 4 kepada Tentera Darat Australia, telah dikurniakan semenjak Perang Dunia Kedua. Penjelasan asal usul punca logam pingat datangnya dari meriam Rusia yang ditawan dalam Pengepungan Sevastopol. Beberapa penyelidikan mencadangkan pelbagai asal usul material sebenarnya yang membentuk pingat itu sendiri.[2] Penyelidikan telah menegaskan bahawa logam bagi membuat pingat tersebut datangnya dari dua meriam buatan China[3] yang ditawan dari pihak Rusia pada tahun 1855.Disebabkan jarang-jarang ditemui, VC mempunyai harga yang sangat tinggi dan harga pingat itu boleh mencecah lebih £400,000 dalam satu lelongan.[4] Beberapa koleksi awam dan peribadi tertumpu ke Victoria Cross. Koleksi peribadi Lord Ashcroft, dikumpulkan sejak 1986, mengandungi lebih daripada satu per sepuluh dari kesemua VC yang dikurniakan. Selepas pendermaan tahun 2008 kepada Imperial War Museum, koleksi pingat Ashcroft dihantar ke pameran awam bersama-sama koleksi muzium Victoria dan George Cross pada November 2010.[5]Bermula dengan Ulang Tahun Ke Seratus Konsfederasi pada tahun 1967, Kanada[6] diikuti pada tahun 1975 oleh Australia[7] dan New Zealand[8] mewujudkan sistem kehormatan negara mereka sendiri, berasingan dan bebas dari sistem kehormatan British atau Imperial. Apabila sistem setiap negara berkembang, anugerah gagah perkasa ini telah dikembangkan dengan anugerah utama setiap sistem, VC bagi Australia, VC Kanada dan VC bagi New Zealand telah diwujudkan dan dinamakan sempena Victoria Cross. Ini adalah anugerah unik setiap sistem kehormatan, disyorkan, dinilai, diwartakan dan disampaikan oleh setiap negara.

Rujukan

WikiPedia: Victoria Cross http://www.itsanhonour.gov.au/honours/our_honours/... http://www.cmp-cpm.forces.gc.ca/dhr-ddhr/nhs-sdh/i... http://www.dpmc.govt.nz/honours/overview/history http://www.timesonline.co.uk/tol/system/topicRoot/... http://www.nationalarchives.gov.uk/documentsonline... http://www.iwm.org.uk/server/show/ConWebDoc.6957 http://www.ukniwm.org.uk/server/show/nav.002006002 https://books.google.com/books?id=JxEoQKR4tc4C&lpg... https://books.google.com/books?id=YZmz8gpWSRsC&lpg... https://web.archive.org/web/20080215074157/http://...